Sunday, July 19, 2026

Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan dibuka semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JALAN Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang telah dibuka semula selepas ditutup sementara sejak semalam berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.

Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, pengguna jalanraya boleh melalui semula jalan tersebut dan keadaan aliran trafik kini lancar.

Sebelum ini, jalan berkenaan ditutup sementara termasuk laluan alternatif bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya selain mengelak masalah kepada kenderaan.

Pada Sabtu, hujan berterusan mengakibatkan Sepang dilanda banjir dan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.

PPS itu Dewan Kampung Dato’ Ahmad Razaki, Dewan Komuniti Taman Gemilang, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan