30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Tarikh penting PRK DUN Jepak diketahui hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas hari ini bagi penetapan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67, Jepak, Sarawak.

Mesyuarat tersebut dijangka berlangsung pagi ini selepas SPR menerima
pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Amar
Mohamad Asia Awang Nasar berhubung dengan kekosongan luar jangka
kerusi tersebut, minggu lalu.

Ia selaras dengan Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak yang memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak perlu disi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dijangka akan mempengerusikan mesyuarat khas tersebut.

Mesyuarat khas tersebut akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan.

Satu sidang media juga dijangka akan diadakan selepas mesyuarat khas tersebut bersidang.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu kerana komplikasi buah pinggang.

Allahyarham merupakan penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan