Thursday, July 23, 2026

Sukan Asia: Nur Shazrin sumbang emas pertama negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KONTIJEN negara meraih pingat emas pertama di Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila pelayar wanita, Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara ILCA 6 di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, China hari ini.

Kejayaan diraih atlet berusia 25 tahun itu penuh berliku selepas meredah keadaan ombak sukar di Tasik Dongqian.

Pelayar kelahiran Pasir Gudang, Johor itu menamatkan saingan di kedudukan teratas dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan hingga lima hari pertandingan.

Nur Shazrin dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana kekurangan angin untuk menjalankan pertandingan itu

Kemenangan itu menyaksikan pemenang pingat gangsa pada edisi Jakarta-Palembang 2018 tersebut menukar warna pingat sekali gus melayakkannya ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Sementara itu, pelayar Hong Kong, Stephanie Norton meraih perak dengan 37 mata manakala gangsa menjadi milik pelayar Singapura, Victoria Jing Hua Chan (38 mata).

“Saya sebenarnya harapkan ada perlumbaan hari ini dan lihat keputusan penuh. Keadaan angin di sana memang sukar dijangka dengan arus yang kuat. Kadang-kadang angin kuat, tetapi tiba-tiba hilang.

“Strategi mengekang pencabar utama daripada memotong saya, walaupun saya tidak dapat berada di tempat teratas pada beberapa perlumbaan menjadi,” kata Nur Shazrin. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan