27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM ucap tahniah kepada Tharman sebagai Presiden Singapura baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan tahniah kepada bekas Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam yang dipilih sebagai Presiden Singapura baharu setelah memenangi pilihan raya presiden republik itu pada 1 September lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mendoakan agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura terus utuh dalam semangat kekeluargaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengharapkan hubungan rapat kedua-dua negara dapat terus memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya berharap republik itu dapat terus makmur dan sejahtera di bawah pentadbiran Tharman.

“Selamat maju jaya kepada Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden baharu Republik Singapura!,”katanya.

Advertisements

Terdahulu Sabtu lalu, Tharman diisytihar sebagai pemenang pilihan raya presiden setelah memperolehi lebih 70 peratus daripada 2.4 juta undi yang dikira pada awal pagi semalam.

Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura itu menerima 70.4 peratus undi sementara bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd Ng Kok Song (15.72 peratus) dan bekas Ketua Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd Tan Kin Lian (13.88 peratus).

Seorang negarawan dan ahli ekonomi Singapura, Tharman, 66, berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019 dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023.

Peranan lain beliau termasuklah Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Singapura antara 2011 dan 2023, dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dan 2023.

Beliau akan menggantikan Presiden Halimah Yacob yang akan menamatkan tugas pada 13 September ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan