30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Odegaard tandatangani kontrak jangka panjang baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KAPTEN Arsenal, Martin Odegaard menandatangani kontrak jangka panjang baharu untuk terus kekal beraksi di Stadium Emirates sehingga Jun 2028.

Odegaard menerusi laman web rasmi kelab berkata, menyambung kontrak baharu adalah keputusan yang mudah buat dirinya dan dia dilakukan oleh beberapa faktor.

“Utamanya, apa yang kami lakukan ketika ini adalah sebagai sebuah kelab yang istimewa dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya sangat teruja ketika datang ke sini dan menemukan tempat di mana saya boleh menyesuaikan diri dan memanggilnya sebagai ‘rumah’.

“Di Arsenal, sejak hari pertama saya rasa hebat dan ini sekarang adalah rumah saya. Terima kasih kepada semua yang bekerja untuk kelab serta para penyokong.

Advertisements

“Saya ingin terus memberikan segalanya dan membawa lebih banyak kejayaan kepada kelab dalam tahun-tahun mendatang,” katanya hari ini.

Odegaard menyertai Arsenal dari Real Madrid secara pinjaman pada jendela perpindahan Januari 2021 sebelum berhijrah secara tetap pada Ogos tahun yang sama.

Sejak daripada itu, pemain berusia 24 tahun itu telah membuat 92 penampilan di Liga Perdana Inggeris (EPL), merekodkan 25 gol dan 13 bantuan jaringan.

Odegaard dinamakan sebagai kapten kelab utara London itu pada awal musim 2022/23 dan dinobat sebagai Pemain Terbaik Bulanan pada November dan Disember 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan