25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Kebebasan bersuara hanya untuk penyokong kerajaan – Tun M

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kebebasan bersuara di negara ini hanya terpakai kepada penyokong Kerajaan Perpaduan sahaja.

Dr. Mahathir berkata, kebebasan bersuara kini hanya tinggal sejarah dan mulut rakyat ibarat dikunci dengan larang isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).

Ujar beliau, apa yang berlaku hari ini jelas berlawanan dengan laungan reformasi yang diperjuangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dilantik sebagai pemimpin negara.

“Di masa ini, kenyataan yang benar dari segi sejarah dianggap oleh media cetak sebagai hasutan. Dengan larangan 3R, mulut rakyat tertutup.

“Dahulu semasa PMX (Perdana Menteri ke-10) berada di luar kerajaan, laungan reformasi dijerit-jerit.

Advertisements

“Antara reformasi yang dituntut ialah kebebasan bersuara dan kebebasan media cetak. Sekarang kebebasan bersuara terhad kepada menyokong kerajaan,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Polis baru-baru ini merekod keterangan Dr. Mahathir berkaitan penglibatan dalam program Sidang Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu.

Susulan itu, bekas Perdana Menteri itu menerusi Facebook menyatakan bahawa kerajaan tidak berhak untuk melarang mana-mana pihak membicarakan isu berkenaan 3R.

Ini kerana katanya, larangan 3R oleh kerajaan itu terlalu umum. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan