30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

China negara pertama iktiraf kerajaan Taliban Afghanistan

Mesti Baca

TALIBAN menyambut baik pelantikan duta baharu China ke Afghanistan dengan mengadakan upacara pentauliahan secara besar-besaran di Kabul.

Tindakan itu dibuat Taliban ketika kerajaannya yang dilihat tersisih dari pandangan seluruh dunia, cuba melepaskan diri daripada boikot diplomatik.

Zhao Sheng adalah duta pertama yang menyampaikan surat kepercayaannya kepada pemimpin Taliban, Mullah Mohammad Hassan di Istana Presiden Kabul.

Ia membawa petanda baharu bahawa negara jiran China itu sedang mencari jalan untuk pengiktirafan rasmi terhadap pentadbiran kumpulan pemberontak terbabit.

Pada upacara itu, kereta Duta Besar Zhao Sheng dilihat melalui jalan masuk Istana Presiden dengan diiringi konvoi polis.

Beliau kemudiannya disambut tentera beruniform sebelum bertemu dengan pegawai tertinggi Taliban, termasuk Mohammad Hassan, yang mengetuai pentadbiran, dan Menteri Luar Negeri, Amir Khan Muttaqi.

Menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahed, diplomat itu memberi jaminan akan berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan Afghanistan khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.

Mohammed Hassan pula menekankan mengenai hubungan antara kedua-dua negara sebagai penting, selain menyentuh mengenai kerjasama bersama.

Sementara itu, kenyataan dari kedutaan China di Afghanistan yang dikeluarkan pada Rabu, menggesa masyarakat antarabangsa mengekalkan suaranya.

Advertisements

Selain itu, Afghanistan juga digalak mewujudkan rangka kerja politik yang inklusif, menerima pakai dasar sederhana, memerangi keganasan dan membangunkan hubungan luar yang mesra.

“Negara tertentu perlu mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku di Afghanistan, meninggalkan pilih kasih dalam memerangi keganasan, mengembalikan aset negara di luar negara, dan menarik balik sekatan,” katanya.

Taliban mengambil alih kuasa pada 2021 selepas tentera Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berundur dari Afghanistan, menamatkan perang selama dua dekad.

Sehingga kini, kerajaan Taliban masih belum mendapat pengiktirafan rasmi dari mana-mana negara, selain dikecam ramai pihak kerana pencabulan hak asasi manusia dan melarang wanita daripada pendidikan.

Malah, kerusi negara itu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih dipegang oleh bekas kerajaan yang disokong Barat, pimpinan Ashraf Ghani.

Hanya segelintir negara mempunyai misi diplomatik yang bertugas di Afghanistan, termasuk China.

Taliban turut menandatangani kontrak perniagaan antarabangsa pertamanya awal tahun ini dengan anak syarikat China, National Petroleum Corporation untuk melombong minyak dari lembangan Amu Darya utara.

Perjanjian itu mungkin meningkatkan dana kerajaan taliban, berikutan ketiadaan pembiayaan antarabangsa, yang sebelum ini menyumbang lebih daripada 60 peratus perbelanjaan oleh kerajaan Afghanistan yang disokong AS. -Agensi

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan