25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Caliph Buskers ‘setia’ tunggu penganjur lunas baki wang

Mesti Baca

KUMPULAN Caliph Buskers masih terus menanti baki wang persembahan dilunaskan daripada penganjur persembahan yang mereka sertai di Pulau Pinang pada 9 dan 10 Disember tahun lalu.

Mewakili teman-teman, Azmi Saat berkata, sehingga kini baki bayaran sebanyak RM8,000 belum mereka terima daripada penganjur terbabit.

“Kami sentiasa positif dan akan terus menanti sehingga mereka membayar jumlah tunggakan itu.

“Sedikitpun kami tidak akan pernah menghalalkan kerana itu adalah sumber pendapatan kami sebagai penyanyi,” katanya ketika ditemui selepas sidang media pelancaran single dan muzik video terbaharu Caliph Buskers berjudul Inspirasi, baru-baru ini.

Azmi berkata, pihaknya sudah beberapa kali cuba menghubungi penganjur namun panggilan dan mesej sudah tidak berjawab malah mereka tidak berpeluang pergi ke pejabat penganjur berikutan jauh dan terletak di Perak.

Katanya, penganjur turut berdepan kerugian selepas karnival yang sepatutnya berlangsung selama 10 hari itu dipendekkan kepada tiga hari akibat beberapa masalah seperti cuaca.

“Bukan kami sahaja yang tidak menerima bayaran, malah ada beberapa individu lain yang terbabit dengan karnival berdepan nasib sama.

“Namun begitu, ia bukan alasan untuk kami tidak menagih bayaran kami sebaliknya sehingga kini kami masih terus menanti dan berharap penganjur segera membayar baki itu.

“Sekurang-kurangnya dia bayar sedikit demi sedikit pun kami masih boleh terima,” katanya lagi.

Advertisements

Dalam pada itu, berkongsi mengenai single inspirasi, Azmi berkata, ia adalah hasil ciptaan Azmi bersama Datuk Reduan Yusof yang mengisahkan mengenai perjuangan seseorang dalam kehidupan.

Ini adalah single terbaharu selepas dua tahun mereka melancarkan single.

“Kali terakhir kami lancarkan single ialah pada 2021. Alhamdulillah, akhirnya Inspirasi dilancarkan dapat diperdengarkan kepada semua.

“Saya berharap lirik lagu ini dapat memberi motivasi kepada semua yang mendengarnya.

“Lagu ini bertujuan memberikan semangat kepada semua supaya jangan berhenti berjuang kerana di hujung nanti kita akan rasai kemanisannya,” katanya.

Muzik video dan lagu terbitan Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd itu diarahkan oleh Amie Maziah Abd Rahman serta diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Lagu itu sudahpun dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, selain turut dimuatnaik di saluran YouTube Masyur sejak 4 Ogos lalu.

Selain Azmi, Caliph Buskers turut dianggotai oleh Fendy Adlun sebagai pemain dram, Zaki Ismail (bass) dan Nirwan Zainalabidin (gitar). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan