25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Aaron Chia-Wooi Yik tempah tiket ke final Terbuka China

Mesti Baca

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mendakap gelaran pertama mereka tahun ini apabila mara ke final Terbuka China di Changzhou.

Pasangan di ranking keenam dunia itu menewaskan juara dunia baharu dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae 21-18, 21-17 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Gimnasium Olimpik sebentar tadi.

Kemenangan dalam tempoh 41 minit itu secara tidak langsung menebus kekecewaan Aaron-Wooi Yik selepas tewas 21-23, 13-21 kepada beregu No.4 dunia tersebut pada separuh akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark bulan lalu.

Di final esok, Aaron-Wooi Yik akan bertemu beregu No.3 dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang yang mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-16, 20-22, 22-20 hari ini.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat wakil beregu campuran di pentas final tidak kesampaian apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersekat di peringkat separuh akhir.

Advertisements

Kian Meng-Pei Jin terpaksa akur apabila tewas 19-21, 11-21 di tangan juara dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung.

Tidak lama kemudian, nasib sama turut dialami Tang Jie-Ee Wei apabila tewas 16-21, 13-21 kepada gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sekalipun gagal meneruskan kemaraan ke pentas final, pencapaian mara ke separuh akhir pada kejohanan berstatus Super 1000 itu tetap satu pencapaian positif buat kedua-dua beregu campuran negara itu.

Terbuka China kali ini menjadi saksi Kian Meng-Pei Jing berjaya bangkit daripada ‘lena yang panjang’ selepas mereka tampak agak bergelut untuk melepasi pusingan awal.

Tang Jie-Ee Wei pula boleh mendabik dada apabila layak ke separuh akhir buat kali pertama di pentas Super 1000 tahun ini selepas pencapaian terbaik mara ke suku akhir Terbuka Malaysia pada Januari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan