24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

William Lai enggan tunduk dengan China

Mesti Baca

WILLIAM Lai, menegaskan beliau tiada perancangan untuk mengubah nama rasmi pulau itu, Republik China (ROC) jika dilantik sebagai Presiden Taiwan yang baharu.

Beliau yang juga Naib Presiden Taiwan itu berkata, negara berkenaan bukan ‘orang bawahan’ China.

Memetik laporan Reuters, Beijing tidak suka pada Lai berikutan komennya sebelum ini yang mana beliau menyifatkan dirinya sebagai ‘pekerja praktikal untuk kemerdekaan Taiwan’, kerana China menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya.

Lai turut berulang kali menegaskan tidak akan mengubah status quo dan hanya menyatakan fakta, bahawa Taiwan adalah negara yang merdeka dan bergelar Republik China, nama rasminya, dan hanya rakyat Taiwan boleh menentukan masa depannya.

“Kita perlu akur pada kebenaran, seperti yang saya maksudkan dengan pragmatisme, di mana Taiwan adalah negara berdaulat, merdeka dan bergelar ROC. Ia bukan sebahagian daripada Republik Rakyat China (PRC).

“ROC dan PRC tiada kaitan antara satu sama lain. Tiada keperluan mengisytiharkan kemerdekaan. ROC (Taiwan) bukan ‘orang bawahan’ PRC,” katanya dalam temu bual dengan Bloomberg.

Pada 1949, Kerajaan Republik China yang melarikan diri ke Taiwan selepas kalah dalam perang saudara dengan komunis pimpinan Mao Zedong, yang mewujudkan Republik Rakyat China.

Advertisements

Lai menegaskan nama Republik China atau ROC sudah termaktub dalam Perlembagaan Taiwan dan sebagai menghormati penyatuan rakyat Taiwan, Presiden negara itu menggunakan istilah ROC bagi merujuk negara itu.

“Saya akan teruskan pada masa depan. Tiada perancangan untuk mengubah nama negara kita,” katanya.

Taiwan akan mengundi bagi memilih Presiden baharu pada Januari depan. Presiden ketika ini, Tsai Ing-wen tidak boleh bertanding kerana sudah memegang jawatan itu selama dua penggal.

Ketika ini, Lai berada di Paraguay sempena pelantikan Presiden baharu negara itu. Paraguay adalah antara 13 negara yang masih mengekalkan hubungan rasmi dengan Taipei.

Dalam perjalanan ke Paraguay, Lai transit di New York dan ini mencetus kemarahan China yang menyifatkannya sebagai pemisah dan pencetus masalah.

Lai dijangka pulang ke Taipei pada Jumaat dan transit di San Francisco. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan