27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Subsidi tiket penerbangan pelajar RM300 bermula hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAJAR universiti awam boleh mula menggunakan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM300 bermula hari ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, inisiatif itu melibatkan laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.

“Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan. 

“Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kerajaan pada 12 Julali memperkenalkan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM300 untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik.

MOT berkata, pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/).

Ujarnya, sekiranya didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui universiti masing- masing. 

“Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun.

“Tarikh akhir penebusan baucar adalah pada 31 Disember ini. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan