27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Samsuri angkat sumpah MB Terengganu bagi penggal kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua.

Majlis berlangsung di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat Kuala Terengganu.

Ahmad Samsuri, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, melafazkan sumpah memegang jawatan tersebut di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 3.18 petang tadi.

Advertisements

Turut berangkat pada Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada Sabtu lalu, gabungan PAS dan Bersatu memenangi kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu pada pilihan raya negeri.

Samsuri memperoleh 20,927 undi dengan majoriti 17,286 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaimi Sulaiman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan