33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Dr. Akmal jemput Nur Jazlan ke post mortem Pemuda UMNO

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menjemput Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk hadir ke sesi post mortem Pilihan Raya Negeri (PRN) mereka, Khamis ini.

Muhamad Akmal berkata, ini bagi menjawab persoalan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berhubung usaha yang dilakukan sayap parti bagi menarik undi golongan muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, kepimpinan parti khususnya di peringkat tertinggi sepatutnya mendengar suara akar umbi dan tidak bertindak sebaliknya.

“Apa yang sayap buat? Tak apa, saya jemput Timbalan Speaker Dewan Negara untuk ke post mortem Khamis ini dan dengar sendiri daripada pemuda-pemuda UMNO seluruh negara apa yang kami telah buat.

“Kadang-kadang apabila kita bercakap kita tidak sedar yang kita tidak berpijak di bumi yang nyata dan itulah salah satu punca kekalahan,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Advertisements

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai menerusi kenyataan semalam berkata, presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu dijadikan ‘kambing hitam’ susulan kekalahan besar pada PRN enam negeri lalu.

Beliau turut mempersoalkan kenapa puak pendesak tidak menyalahkan timbalan presiden, naib presiden, ketua wanita, pemuda dan puteri dan bahagian sekali dalam kekalahan tersebut.

Sementara itu, Muhamad Akmal turut mengingatkan agar pemimpin parti supaya berhenti berfantasi dan berani menghadapi realiti.

“Bila ada orang yang menyatakan kerisauan dan suara akar umbi dianggap orang itu musuh sebab tidak sehaluan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan