33.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

‘Ruffera: That Moment In Time Tour’ imbau kenangan lalu

Mesti Baca

MALAM Sabtu lalu menjadi saksi sekali lagi buat kumpulan vokal R&B negara, Ruffedge menggegarkan ibu negara dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu, Ruffera: That Moment In Time Tour.

Bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, konsert yang bermula jam 8.30 malam itu turut menampilkan DJ Uno.

Ternyata kemunculan Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain berjaya menghiburkan seramai 4,500 orang peminat yang hadir melalui persembahan mereka yang bertenaga dan menghiburkan selama dua jam lebih tanpa henti.

Mewakili teman-teman Azan berkata, mereka sangat terharu dengan sambutan yang diberikan dari peminat tanah air.

“Tanpa mereka semua kami tidak akan berdiri di sini malam ini. Terima kasih juga kepada semua rakan artis yang hadir memberikan sokongan,” katanya.

Ruffedge memberikan persembahan yang ternyata menghiburkan penonton melalui 25 lagu-lagu mereka antaranya Goyang, Tiada Lagi Cinta, Tipah Tertipu, Lemas, Da Bomb, Bila Rindu, Khayalan dan banyak lagi.

Advertisements

Penonton turut berpeluang menyaksikan persembahan istimewa Ruffedge di bawah kelolaan pengarah muzik tersohor, Datuk Acis dengan membawakan medley lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah.

Antaranya Azura, Suraya nyanyian kumpulan Indigo dan Rozana oleh kumpulan Search dalam rentak R&B yang nyata berbeza serta penampilan istimewa oleh Lah Ahmad.

Rata-rata peminat yang hadir mengakui ini adalah momen yang ditunggu-tunggu.

Ramai peminat tegar Ruffedge yang hadir adalah mereka dari awal ketika kumpulan itu mula-mula muncul di industri muzik Malaysia.

Tidak hairanlah setiap lagu yang dipersembahkan meninggalkan kenangan dan mengimbau kisah lalu di awal era 2000-an sehinggalah kini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Atlet kayak parah dirempuh pemandu mabuk, diseret 600 meter

PENUNTUT Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor Bahru cedera parah dipercayai dilanggar seorang pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur...

Lagi Artikel Berkaitan