29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PM terus santuni waris nahas Elmina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyalurkan sumbangan peribadi kepada waris mangsa nahas pesawat berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, semalam Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi bertemu waris kepada Allahyarham Muhammad Hafiz (pekerja P-Hailing) di Taman Sidam Kiri, Kedah.

“Menurut bapanya, Allahyarham Muhammad Hafiz sepatutnya pulang untuk bersama meraikan perkahwinan adiknya dan kehilangannya ini pasti meninggalkan bekas yang mendalam kepada keluarga.

Advertisements

“Saudara Farhan turut bertemu waris Allahyarham Shaharul Amir, Puan Suhaila di Lumut, Perak. Allahyarham adalah ‘breadwinner’ kepada keluarga dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Anwar berkata, beliau mendoakan keluarga yang terlibat dikurniakan kecekalan serta kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian.

“Saya yakin ujian ini bukan sembarangan malah besar kesannya kepada sanubari mereka yang terkesan. Semoga roh mangsa nahas kesemuanya diberikan tempat yang terbaik oleh Yang Maha Esa dan diampun segala dosa mereka, Insya-Allah,” tambahnya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan