27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Mahkamah baharu Ampang 85 peratus siap – Azalina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERJA-KERJA pembinaan Kompleks Mahkamah Ampang yang baharu sudah 85.34 peratus siap dan sedia beroperasi tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mahkamah baharu Ampang itu merupakan salah satu daripada tujuh mahkamah yang sedang dibina di seluruh negara.

Ini kerana kata beliau, Mahkamah Ampang yang sedang beroperasi ketika ini adalah premis yang disewa di bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). 

Azalina Othman Said ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Mahkamah Baharu Ampang, Selangor, hari ini. – Edisi9/Azalina Othman Said

“Insya-Allah akan berpindah ke tempat baru tidak lama lagi. Saya telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Mahkamah Baharu Ampang, Selangor pagi tadi untuk memantau kemajuan projek ini.

Advertisements

“Difahamkan status kemajuan setakat ini adalah pada 85.34 peratus. Mahkamah ini antara tujuh buah mahkamah baru di seluruh negara yang sedang dibina,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Azalina Othman Said ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Mahkamah Baharu Ampang, Selangor, hari ini. – Edisi9/Azalina Othman Said

Pada masa yang sama, Azalina berkata, kerajaan juga sedang giat melaksanakan naik taraf, ubah suai dan pemuliharaan mahkamah-mahkamah sedia ada.

“Aspek ini penting dan sentiasa saya beri penekanan. Kita tidak boleh mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi dari aspek penyelenggaraan kita di kelas ketiga.

“Saya berharap kesemua inisiatif ini akan beri keselesaan dan kemudahan kepada mereka yang menggunakan kompleks mahkamah dalam urusan harian kelak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan