26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Tiada unsur rasuah parti kerajaan ketika PRU-15 – Azalina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HASIL siastan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada sebarang unsur penerimaan rasuah parti dalam kerajaan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, siasatan itu dibuat terhadap parti-parti dalam kerajaan yang mendapat pendanaan ketika dalam PRU-15 sebelum ini.

“Siasatan kes telah pun selesai dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur- unsur penerimaan rasuah.

“Walau bagaimanapun, jika terdapart orang yang mempunyai bukti baharu berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada SPRM dan siasatan dan tindakan lanjut sewajarnya akan dijalankan dengan kadar segera mengikut lunas undang-undang yang berkuatkuasa ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Azalina menjawab pertanyaan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana siasatan SPRM terhadap parti-parti dalam kerajaan berhubung perbelanjaan ketika PRU-15 termasuk sumber dana.

Baca juga:   Sasaran tercapai, 20% belum lengkap vaksin akan dijejak

Sementara itu, Azalina berkata, menerusi kajian terperinci yang dijalankan SPRM mendapati dakwaan Perikatan Nasional (PN) mendapat sumbangan daripada dana judi untuk berkempen adalah terlalu umum.

“SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut.  Walau bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini. 

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya.

Baca juga:   Tubuh jawatankuasa Kabinet tangani harga barang - Muhyiddin

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanya mengenai status siasatan terhadap dakwaan bahawa terhadap parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi di dalam kempen pilihan raya umum yang lepas. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan