26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kerajaan Perpaduan jimatkan RM1.8 bilion projek tebatan banjir

Projek berkenaan diluluskan tanpa melalui tender dan prosedur standard kewangan yang menelan belanja sebanyak RM15 bilion oleh kerajaan sebelum ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan telah menjimatkan sebanyak RM1.8 bilion projek tebatan banjir yang telah diluluskan kerajaan terdahulu tanpa melalui tender dan prosedur standard kewangan yang menelan belanja sebanyak RM15 bilion.

Mendedahkan perkara itu, Perdana Menteri berkata, setelah disemak dan ditender semula, kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM1.8 bilion, dan penjimatan itu telah saya salurkan sebanyak RM800 juta kepada kerajaan negeri Johor.

“Penyaluran peruntukan tersebut bagi menyelesaikan masalah banjir di Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

“Baki sebanyak RM1 bilion lagi telah saya salurkan kepada kerajaan negeri Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di sana.

“Saya sebut perkara ini sebagai contoh bukti bahawa ini gerak kerja kerajaan selama tujuh bulan di mana sekiranya tatakelola sesebuah kerajaan itu baik, hubungan baik antara negeri dan pusat dijaga dengan tertib, maka rakyat pasti mendapat dan menikmati hasilnya,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Semalam, beliau hadir berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, ini adalah modal kami di pihak Kerajaan Perpaduan dalam siri kempen pilihanraya di enam negeri saat ini.

Advertisements

“Sehubungan dengan itu, saya menggesa calon-calon Perpaduan yang bertanding untuk memanjangkan pencerahan ini kepada rakyat.

“Terutamanya mengenai senarai kejayaan dan pencapaian kita dalam tempoh singkat tujuh bulan dan bandingkan dengan kegagalan mereka selama 33 bulan mentadbir.

“Apakah mereka berani dan bersedia untuk mempertahankan dasar-dasar mereka,”soal Anwar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyuruh seluruh masyarakat termasuk pimpinan agar abaikan cercaan dan sindiran pihak lawan.

“Kita mesti perlihatkan contoh serta budaya politik yang lebih matang, lantas tamadun yang madani dapat dipaculkan.

“Justeru, lontaran saya kepada pihak sana serang kami dengan fakta dan silakan sanggah mana-mana dasar Kerajaan Perpaduan yang kalian anggap zalim dan saya bersedia menjawab dan pertahankan.Berani?,” sindir beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan