33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ramai suka ucapan maki hamun daripada ceramah berat – Rafizi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai lebih cenderung mendengar ucapan berunsur maki hamun dan lawak bodoh berbanding daripada ceramah berat seperti program ekonomi kerajaan.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, sikap tersebut menunjukkan ramai yang lebih suka placebo dalam hidup – gejala malas nak fikir dan nak semua mudah. 

Kata Rafizi, disebabkan sikap begitulah yang menyebabkan orang kita (rakyat) selalu ketinggalan.

“Ramai yang minta saya kurangkan berceramah perkara yang berat-berat macam program ekonomi kerajaan, supaya yang lebih cenderung kepada ucapan maki hamun dan lawak bodoh lebih berminat nak dengar.

“Dulu-dulu masa saya berceramah terangkan skandal kewangan seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda dan lain-lain, komen yang sama yang diberikan kepada saya,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Rafizi berkaya, sebahagian tanggungjawab pemimpin ialah memberi pencerahan supaya akal rakyat dapat menilai, disamping berdoa dibuka hati pengundi untuk memilih kebenaran.

Katanya, ia bukannya membodohkan rakyat hanya untuk mendapat undi dengan mengelak dari berbincang perkara serius dan membakar emosi rakyat mencari placebo.

“Biarlah yang maki hamun itu mendabik dada konon popular, tetapi menanggung beban hasil dari pembodohan rakyat.

“Kerana rakyat yang cerdik adalah anugerah terbaik sesebuah negara, maka marilah kita berlumba-lumba mencerdikkan rakyat,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan