27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ismail Sabri keliru, gagal beza idealisme dengan ‘uslub’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai gagal membezakan antara idealisme dengan kaedah atau cara berjuang (uslub).

Mohd Puad berkata, Ketua UMNO Bahagian Bera itu juga silap kerana parti tidak pernah mengubah idealisme perjuangan, malah kekal dengan perjuangan Islam dan Melayu.

“Ismail Sabri mendakwa UMNO di bawah Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) lari daripada idealisme asal.

“Itu sebab katanya UMNO hilang sokongan orang Melayu.

“Ismail Sabri silap. Dia gagal membezakan antara idealisme dengan kaedah atau cara berjuang (uslub).

“UMNO tidak pernah mengubah idealisme perjuangan. Ia kekal dengan perjuangan Islam dan Melayu. Bahkan UMNO meminda Perlembagaan parti di mana Islam diletakkan paling atas,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Jelas beliau, sebaliknya apa yang berubah ialah cara atau kaedah perjuangan (uslub).

Advertisements

“Uslub boleh berubah mengikut keperluan semasa. UMNO tidak mengubah dasar,”katanya.

Ujar Mohd Puad, menyertai Kerajaan Perpaduan yang turut disertai DAP tidak ada kena mengena dengan idealisme.

“Ia adalah uslub perjuangan. Masa berubah, maka cara berpolitik juga berubah,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bekas Naib Presiden UMNO itu bahawa antara punca penolakan pengundi Melayu terhadap UMNO adalah apabila mereka mentafsirkan parti itu telah menyimpang daripada idealisme perjuangan asal.

Ismail Sabri pada Sabtu dilaporkan berkata, salah satu bukti pengundi mentafsirkan parti itu telah menyimpang daripada idealisme perjuangan asal adalah apabila kepimpinan UMNO memusnahkan Muafakat Nasional yang menjadi harapan umat Melayu terhadap penyatuan ummah.

Lebih memburukkan keadaan, beliau berkata, apabila kepimpinan tertinggi parti itu mengheret UMNO untuk bersama DAP malah menggesa supaya jentera bekerja dan mengundi parti berkenaan dalam pilihan raya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan