32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ramai perlekeh kami batal ikat pemain bintang – TMJ

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pelbagai pihak mentertawakan kelab itu apabila mereka mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat menandatangani pemain berstatus bintang.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, baginda sebaliknya tidak menghiraukan cakap-cakap orang dan tetap dengan pendirian untuk hemah berbelanja.

“Apabila saya membuat keputusan untuk membatalkan hasrat menandatangani pemain bintang dan berbelanja berhemah, di mana dengan satu harga kami boleh tandatangani dua pemain berkualiti.

“Ramai yang mempersoalkkan keputusan saya dan beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal,” katanya hari ini.

Keputusan yang diambil TMJ ternyata berbaloi apabila hampir semua rekrut yang menyertai JDT menjadi dan dapat menyumbang sesuatu kepada kelab.

Advertisements
Penyokong JDT mengecapi pelbagai kejayaan di bawah kepimpinan TMJ selaku pemilik kelab. – Edisi9/JDT

Sejak mengambil-alih kelab, JDT muncul juara Liga Super untuk sembilan tahun berturut-turut selain menang Piala Malaysia sebanyak tiga kali, Piala FA (tiga), Piala AFC (sekali) dan Piala Sumbangsih (lapan) serta layak ke Liga Juara Juara Asia.

Musim ini, JDT terus kebal apabila menang kesemua 20 perlawanan Liga Super sambil kesemua pemain import termasuk rekrut baharu, Heberty Fernandes dan Takahiro Kunimoto beraksi cemerlang biarpun baharu menyertai kelab.

Sementara itu, Tunku Ismail berkata, sejak dari 2013 lagi, apa sahaja keputusan dan apa yang diperkatakan TMJ, ramai pihak yang cuba memperlekehkannya.

“Hari ini orang ramai dapat melihat semua tindakan saya dan apa yang saya cakap dari dulu sudah menjadi kenyataan, dalam bola sepak ataupun politik,” tegas TMJ. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan