31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Empat ‘mat rempit’ ditahan, 50 motosikal disita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI empat orang ‘mat rempit‘ ditahan dan 50 buah motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang, semalam.

Operasi berkenaan telah dilaksanakan di kawasan panas melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat Daya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang menerusi kenyataan dikeluarkan berkata, hasil operasi yang dijalankan, pihak JSPT Kontinjen Pulau Pinang telah berjaya menyita 50 buah motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Empat orang telah ditangkap di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Advertisements

“Sementara, seorang lagi ditangkap di bawah Seksyen 108 APJ 1987 disamping 230 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,”menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti ini dan operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung menularnya kegiatan ini.

Operasi berkenaan dilakukan antara jam 11 malam sehingga 6 pagi yang melibatkan tujuh Pegawai Kanan dan 64 Pegawai Rendah Polis dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan