Wednesday, July 22, 2026

DBKL tutup, sita 4 buah premis hiburan langgar syarat lesen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK empat buah premis perniagaan restoran dan pub disita serta-merta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi penguatkuasaan sekitar ibu negara malam kelmarin.

Tindakan Khas Premis Berikiso (Aktiviti Hiburan) Siri 11/2023 itu dilakukan Jabatan Penguatkuasaan di Jalan Vista Mutiara Kepong, Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota Setapak dan Jalan U-Thant Ampang, Kuala Lumpur bermula 9 malam.

DBKL mmenerusi kenyataan berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan pegawai penguatkuasa DBKL di empat empat buah premis perniagaan restoran dan pub berkenaan, DBKL mendapati premis-premis turut mengadakan aktiviti hiburan melibatkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan.

“Sehubungan dengan itu, tindakan penutupan (sealed) serta-merta terhadap empat buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

“Selain itu, sebanyak lapan kertas siasatan (IP) telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran dan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 (Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran),”katanya menerusi kenyataan di sini.

DBKL berkata, pihaknya juga telah merampas 38 pelbagai peralatan muzik dan premis terbabit.

“Barangan dirampas dan disita terdiri daripada power amp, television, mixer sound, mixer light controller, digital mixing console, mic stand, DJ spinner, speaker, monitor, mic, komputer riba dan lain-lain.

“Sehubungan dengan itu, barangan dan peralatan muzik berkenaan telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

“Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,”menurut DBKL. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan