26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zambry adakan lawatan kerja ke Iran

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja sulungnya ke Iran selama dua hari bermula hari ini atas jemputan rakan sejawatnya, Hossein Amirabdollahian.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan berkata, ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara tersebut selepas menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 2 Disember tahun lalu.

Katanya, lawatan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arah meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan semua negara termasuk Iran.

“Semasa lawatan ini, Menteri Luar Negeri dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin-pemimpin Iran.

“Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Hossein bagi menyusul perbincangan yang telah diadakan di sela-sela Mesyuarat Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Peringkat Menteri Luar Negeri pada 5 Julai lalu,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurut KLN, kedua-dua Menteri dijangka menilai kemajuan kerjasama dua hala sedia ada dan membincangkan langkah bagi meneroka bidang kerjasama baharu.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Menteri Luar Negeri juga dijadual menganjurkan sei libat urus dengan pemimpin-pemimpin perniagaan tempatan.” jelasnya.

Iran ialah rakan dagangan kelapan terbesar Malaysia dan sumber import ke-11 terbesar di kalangan negara-negara Asia Barat.

Jumlah dagangan pada 2022 ialah RM3.69 bilion meningkat 40.2 peratus, berbanding RM2.63 bilion pada 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan