30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tema Hari Kebangsaan berbeza disebabkan politik – Adam Adli

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim kesal dengan tindakan empat negeri pembangkang yang mahu memperkenalkan tema berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan.

Beliau berkata, tindakan tersebut tidak mencerminkan semangat perpaduan kerana dilihat hanya lebih bersifat politik semata-mata.

Katanya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana Hari Kebangsaan mahupun Hari Malaysia tidak berkait dengan sebarang parti atau ideologi politik.

“Pertimbangan yang diambil memang bersifat politik, ia bukan pertimbangan yang berkait dengan mana-mana konteks yang berbentuk kenegerian atau kenegaraan. Hanya semata-mata politik.

“Malah Hari Kebangsaan paling penting meraikan semangat federalisme. Kita ada Hari Kebangsaan, ada Hari Malaysia dalam tempoh yang sama. Jadi kenapa nak kena cemarkan Hari Kebangsaan dengan sedemikian rupa. Saya kesal kerana perkara tersebut tidak perlu berlaku,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dilapor mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza bagi sambutan peringkat negeri, berbanding peringkat Persekutuan.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mungkin akan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.

Ujarnya, logo itu berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil semalam memaklumkan kementeriannya akan menyiasat dakwaan tersebut kerana tidak mahu mewujudkan suatu jurang yang berbeza serta suasana tidak bersatu padu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan