25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Harga petrol, diesel kekal sehingga 6 September

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu lagi bermula esok sehingga 6 September depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.37 seliter, manakala harga diesel ditetapkan pada RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Advertisements

“Ini dilakukan sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan