28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Gol tunggal Varane bantu United tewaskan Wolves

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAFAEL Varane menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika membantu Manchester United menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Turun dengan misi tiga mata penuh dalam aksi pertama musim ini, skuad bimbingan Erik ten Hag bermula agak perlahan.

Cubaan pertama United hadir pada minit ke-13 menerusi percubaan Marcus Rashford namun berjaya diselamatkan Orlando Sa di gawang pelawat.

Penyerang Wolves, Matheus Cunha melakukan larian menarik menewaskan Casemiro dan Lisandro Martinez sebelum menghantar kepada Pablo Sarabia namun percubaan pemain sayap itu sedikit tersasar.

Anthony cuba melepasi kawalan pemain Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi yang menyaksikan Manchester United menang 1-0. – Edisi9/Man United

Empat minit selepas rehat menyaksikan percubaan Cunha yang merupakan ancaman terbesar United dalam perlawanan sekadar mengenai tiang ketika Andre Onana hanya mampu memerhatikan sahaja.

Wolves terus mengasak kubu tuan rumah selepas itu namun dikecewakan oleh ketumpulan jentera serangan.

Advertisements

Kelab Molineux itu melakukan 23 percubaan sepanjang perlawanan dan itu merupakan rekod percubaan kedua terbanyak pasukan pelawat ketika bertandang ke Old Trafford sejak musim 2003-04.

Mason Mount (kanan) membuat penampilan sulung untuk Manchester United musim ini. – Edisi9/Man United

Namun, United yang berjaya bertahan dengan baik memecah kebuntuan pada minit ke-76 apabila Varane menanduk masuk hantaran silang Aaron Wan-Bissaka untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Itu merupakan gol pertama pertahanan kebangsaan Perancis itu dalam 26 perlawanan liga sejak kali terakhir melakukannya pada Mei 2022.

Wolves cuba bangkit mencari gol penyamaan namun Onana berjaya menyelamatkan cubaan lewat permainan Fabio Silva.

Pelawat turut dinafikan sepakan penalti apabila Onana didakwa mengasari Sasa Kalajdzic namun tidak dilayan pengadil, Simon Hooper. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan