30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Penyertaan tenaga buruh, pembuat keputusan wanita rendah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LAPORAN Jurang Gender Global 2022 mendedahkan kadar penyertaan tenaga buruh dan penglibatan wanita dalam kelompok pembuat keputusan di negara ini masih rendah.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, menerusi laporan tersebut, Malaysia berada di tangga ke-103 daripada 146 negara dalam aspek merapatkan kesaksamaan gender.

Katanya, antara masalah yang dihadapi sebilangan besar wanita dan kanak-kanak perempuan seluruh dunia isu berat sebelah, stereotaip, serta sikap prejudis dalam ketidak samaan gender.

“Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan penglibatan wanita dalam kelompok pembuat keputusan yang rendah telah mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam laporan tersebut. 

“Hal ini menuntut kesedaran di setiap peringkat institusi agar hak, peluang dan perlindungan diberikan kepada setiap individu tanpa mengira jantina atau peringkat umur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Justeru itu, KPWKM berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) telah menganjurkan forum yang bertujuan untuk berdiskusi dan mencari solusi terbaik mengenai pemerkasaan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Katanya, ia mencakupi dalam semua aspek sama ada dalam pendidikan, ekonomi dan juga kesihatan.

“Penganjuran forum yang melibatkan seramai 250 peserta ini membuktikan komitmen dan kesungguhan serta kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mengintegrasikan isu kependudukan dalam pembangunan negara,” katanya.

Menurut KPWKM, forum secara maya tersebut dipengerusikan menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.

“Forum ini yang membariskan Pengerusi LPPKN, Datuk Sri Rohani Abdul Karim; Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dan UNFPA Malaysia, Tengku Aira Tengku Razif sebagai panel. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan