26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Dr Akmal ajak pemuda UMNO cari punca kekalahan dalam PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pemuda UMNO baik di cawangan mahupun di bahagian di seluruh negara, dijemput untuk hadir bersama-sama mencari punca kekalahan parti keramat Melayu itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, semua dijemput hadir pada Post Mortem PR6N Pemuda UMNO Malaysia “Di Mana Salah Kita” yang akan berlangsung pada Khamis ini di International Youth Centre, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur.

“Kita pastikan suara keramat pemuda UMNO kali ini menjadi titik tolak perubahan UMNO kepada yang lebih baik,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Beliau menegaskan, UMNO perlu segera bangkit melakukan perubahan demi kebaikan parti keramat itu.

Advertisements

“Usah meratapi kegagalan yang lepas. Kita perlu bangkit melakukan perubahan demi kebaikan parti ini,”katanya.

Ujar beliau, UMNO adalah milik rakyat bukannya milik individu.

“Kita kembalikan zaman kegemilangan UMNO yang dulu,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan