25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Azad Jasmin lupakan seketika bidang lakonan

Mesti Baca

MINAT dalam perniagaan membataskan kerjaya seni pelakon Azad Jasmin namun demi mencari rezeki untuk keluarga dia akur.

Mengakui sudah lama tidak berlakon ekoran kesibukan di konti radio Era FM, bapa kepada anak tiga itu lebih selesa dengan apa yang dilakukannya sekarang.

Azad berkata, selain berniaga kerjaya di konti radio memberi lebih banyak masa untuknya bersama tiga anak perempuan yang sedang membesar.

“Sudah setahun terikat dengan radio dan separuh hari saya di konti di tambah dengan perniagaan yang saya jalankan membataskan diri untuk aktif berlakon.

“Bukan tidak mahu lagi berlakon tetapi buat masa ini saya terpaksa tolak tepi dan beri keutamaan pada apa yang saya lakukan sekarang.

“Saya mempunyai tiga anak perempuan yang perlu diberi perhatian lebih dan dengan jadual sekarang saya boleh memberi lebih fokus kepada mereka.

“Lagi pula isteri sudah mula kembali aktif ulang alik ke Jakarta bagi menyambung kerjaya seninya di sana jadi, apabila dia tiada sayalah yang kena pantau dan menjaga anak-anak,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangi perjanjian persahaman (MoU) Quantum Metal (QM) Sdn Bhd dan Semboyan Malaysia, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pembabitannya dalam pelaburan emas berkenaan, Azad berkata, sebagai simpanan untuk masa depan bagi dirinya dan keluarga.

Advertisements

Namun begitu, pengalaman lalu perlu dijadikan iktibar supaya tidak membuat kesilapan lagi.

Menjadi rakan artis QM, sebelum bersetuju untuk membabitkan diri, Azad mengambil beberapa langkah termasuk berjumpa dengan Semboyan Malaysia.

“Saya jumpa sendiri dengan Pengerusinya, Yusof Azmi dan bertanya mengenai syarikat QM ini. Kami juga turut berjumpa dengan pengasanya sendiri Datuk Lim Khong Soon.

“Apabila berjumpa semua soalan yang ditanya boleh dijawab dengan jelas dan memberikan gambaran kami boleh percayakan ini semua,” katanya.

Azad berkata, mereka yang berminat perlu menggunakan saluran yang betul dan mendapatkan maklumat tepat agar tidak tertipu.

Oleh itu, usaha Semboyan mengadakan kerjasama dengan QM satu langkah yang baik dalam memberikan saluran betul kepada orang ramai untuk melabur emas.

“Kita faham ramai yang cari alternatif untuk menjana pendapatan malah ramai yang janji bulan bintang tapi pastikan ia realistik.

“Pada saya, emas ialah pelaburan yang tepat kerana sentiasa ada nilai sampai bila-bila,” katanya lagi.

Advertisements

Terkini

Ancaman ikan yu: Langkah perlindungan dan pemuliharaan

TANGGAL 14 Julai merupakan Hari Kesedaran Yu yang diraikan bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemuliharaan spesies yu di...

Lagi Artikel Berkaitan