27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini

Majikan seharusnya memberi kebenaran tanpa syarat dan kerajaan perlu campur tangan dengan memberi cuti khas kepada pekerja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas untuk memberi peluang kepada pekerja keluar mengundi.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan disaran meneliti permintaan itu bagi memberi keselesaan kepada pekerja yang pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara.

Beliau berkata, MTUC menerima rungutan daripada pekerja bahawa terdapat majikan mengeluarkan pekeliling membenarkan pekerja keluar mengundi dalam tempoh dua jam dan akan dikenakan tindakan jika melebihi masa dibenarkan sekali gus menimbulkan kerisauan serta menjejaskan kehadiran pekerja untuk mengundi.

“Bagi menjayakan proses demokrasi yang telah ditentukan, majikan seharusnya memberi kebenaran tanpa syarat. Kerajaan perlu campur tangan dengan memberi cuti khas kepada pekerja bagi membolehkan pekerja memilih wakil rakyat tanpa takut diambil tindakan disiplin.

Advertisements

MTUC bimbang dengan peratusan keluar mengundi akan terjejas dan berkurangan sekiranya ada halangan bagi pekerja keluar mengundi. Keterlibatan pekerja dalam pengundian akan mencorak masa depan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, MTUC berharap pekerja menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan tidak tergesa-gesa bagi mengelakkan kemalangan semasa pergi dan balik daripada tempat kerja ke tempat pengundian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan