26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Arsenal menang tipis ke atas Palace dengan 10 pemain

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL mengekalkan rekod kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berhempas pulas menewaskan Crystal Palace di Selhurst Park, awal pagi tadi.

Namun, kemenangan itu diperoleh dengan cara yang cukup sukar apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan.

Dalam aksi di kota London itu, Arsenal berpeluang mendahului apabila Eddie Nketiah berjaya melepasi Joachim Andersen dan melepaskan rembatan namun cubaannya sekadar singgah di tiang sebelah kiri.

Pada minit ke-42 menyaksikan Sam Johnstone melakukan usaha menyelamat yang baik apabila berjaya menepis percubaan kaki kiri Martin Odegaard dari luar kawasan penalti.

Bagaimanapun hanya enam minit selepas rehat, penjaga gol Palace itu menghadiahkan sepakan penalti kepada pelawat selepas menjatuhkan Nketiah di dalam kawasan penalti.

Advertisements

Kapten Arsenal, Odegaard tidak bermasalah menyempurnakan sepakan apabila merembat leret ke sebelah kiri gawang ketika Johnstone merebahkan badan ke arah bertentangan sekali gus meletakkan Arsenal 1-0 di depan.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan, Takehiro Tomiyasu dilayangkan dua kad kuning dalam tempoh tujuh minit.

Pemain berasal dari Jepun itu menerima kad kuning pertama pada minit ke-60 kerana cuba melewatkan balingan ke dalam dan kad keduanya diterimanya pula kerana menjatuhkan Jordan Ayew.

Arsenal berjaya mempertahankan kelebihan tersebut sehingga wisel penamat sekali gus merekodkan kemenangan kedua dalam dua perlawanan awal musim ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan