29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Anak panda Yi Yi, Sheng Yi dihantar pulang Selasa depan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGHANTARAN pulang dua anak panda gergasi, Yi Yi dan Sheng Yi ke China akan dilakukan pada Selasa depan.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi kenyataan berkata, penghantaran pulang anak panda gergasi itu dilaksanakan bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia-China.

“Anak panda gergasi pertama, Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi akan dihantar pulang pada Selasa depan.

“Sebelum ini, cadangan penghantaran Yi Yi dan Sheng Yi tertangguh kerana penutupan pintu masuk ke RRC akibat penularan pandemik Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kerajaan China telah meminjamkan sepasang panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia-China bagi tempoh 10 tahun bermula daripada tarikh ketibaan pasangan panda tersebut di negara ini.

Advertisements

Melalui hasil kejayaan konservasi ex-situ Malaysia, Liang Liang telah melahirkan tiga anak betina iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

Terdahulu, China Cultural Centre Kuala Lumpur (CCCKL) dengan kerjasama Zoo Negara telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-17 pasangan Xing Xing dan Liang Liang kelmarin di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), Zoo Negara.

Majlis tersebut dilihat dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara habitat dan spesies hidupan liar terancam, serta memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua negara.

Pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan seperti pertunjukan kebudayaan Sichuan serta pertandingan melukis dan mewarna.

Sementara itu, NRECC berharap diplomasi pada gergasi itu dapat mengukuhkan lagi persefahaman antara Malaysia dan China. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan