30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Amiruddin, Azmin masing-masing menang di Sungai Tua, Hulu Kelang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

{KEPUTUSAN RASMI} DATUK Seri Amirudin Shari menang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Tua memperoleh sebanyak 19,678 undi dengan majoriti 5,185.

Manakala calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin mendapat 14,493 undi, diikuti calon bebas, Suman Gopal mendapat 430 undi.

Sementara itu bekas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali turut memenangi kerusi Hulu Kelang dengan 25,597 undi.

Beliau menang dengan majoriti 1,617 dan mengalahkan Juwairiya Zulkifli yang mendapat undi sebanyak 23,980.

Advertisements

Terdahulu, Azmin ketinggalan 508 undi dengan mendapat 3,068 undi daripada pesaingnya.

Dalam pada itu, kerusi Batu Tiga, menyaksikan Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid dari PH mendapat sebanyak 29,064 undi menewaskan Datuk Seri Rina Harun yang mendapat sebanyak 25,682 undi.

Sementara calon MUDA Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen @Cheda Razak yang dahulunya mendahului dengan 1,745 undi, tewas dengan terkini mendapat sebanyak 1,908 undi.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan