26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tidak rasmi: Sanusi pertahan DUN Jeneri, PN mendahului di Kedah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri selepas menerima 17,596 undi.

Undian tersebut telah melebihi 50 peratus daripada jumlah yang sepatutnya untuk menang meninggalkan pencabarnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim menerusi kiraan tidak rasmi.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 13 calon Perikatan Nasional (PN) kini sedang mendahului kiraan undi dengan majoriti besar.

Advertisements

Parti yang bertanding memerlukan 19 kerusi DUN bagi membentuk kerajaan di negeri tersebut.

Sementara itu, dalam pertembungan satu lagi kerusi panas di DUN Pedu menyaksikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid sedang ketinggalan dalam kiraan undi.

Menerusi kiraan undi tidak rasmi sehingga pukul 9.15 malam tadi, Mahdzir menerima 5,793 undi sementara wakil PN, Mohd. Radzi Md. Amin mendapat 9,430 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan