Thursday, June 4, 2026

102,400 batang rokok kretek pelbagai jenama dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Batu Pahat berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk 102,400 batang rokok kretek pelbagai jenama disyaki dari negara jiran di perairan Kuala Batu Pahat sekitar pukul 4.30 pagi semalam.

Penahanan menerusi Op Jaksa dan Op Tiris itu pada kedudukan 0.35 batu nautika tenggara pantai Parit Haji Salam, Batu Pahat.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, trrdahulu rampasan berkenaan dibuat ketika bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Sebaik bot ronda Maritim Malaysia menghampiri untuk melakukan pemeriksaan, bot terbabit didapati tidak mempunyai tekong dan awak-awak kerana dipercayai telah ditinggalkan oleh penyeludup rokok.

“Hasil pemeriksaan, penyeludup terbabit cuba membawa masuk sebanyak 13 kotak besar rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai dari negara Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.

“Bot fiber beserta sebuah enjin jenama Yamaha 40 kuasa kuda dan 13 kotak rokok dirampas dan ditunda ke Zon Maritim Batu Pahat,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan lebih kurang RM117,920.00. Kes akan disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Ujarnya, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelanggaran undang-undang dapat dibenteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Johor selamat, aman dan terkawal. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan