33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

United sah ikat Mount, bakal sarung jersi No. 7

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United sah mengikat Mason Mount dari Chelsea selepas pemain tersebut bersetuju dengan tawaran kontrak selama lima tahun untuk berhijrah ke Old Trafford.

Mason Mount merupakan sasaran utama pengurus, Erik Ten Hag musim panas ini bagi memperkukuhkan barisan tengah Red Devils dan akhirnya kedua-dua kelab berjaya mencapai persetujuan dengan yuran perpindahan RM 354.8 juta.

Perpindahan ke Old Trafford menyaksikan Mount menerima peningkatan gaji yang ketara daripada RM443,550 seminggu kepada RM1.48 juta.

Mount berkata, dia telah bersedia dengan cabaran di Manchester dan tidak sabar untuk memenangi lebih banyak kejuaraan.

“Tidak mudah meninggalkan kelab yang mana kita membesar di sana namun United menawarkan cabaran baharu yang mengujakan untuk fasa seterusnya dalam karier saya.

Advertisements

“Semua orang orang dapat melihat bagaimana kelab ini melangkah ke depan di bawah Ten Hag. Berjumpa dengannya dan berbincang mengenai perancangannya membuatkan saya tidak sabar menunggu kempen baharu bermula.

“Saya seorang yang bercita-cita tinggi dan tahu bagaimana rasanya menang kejuaraan utama serta cara meraihnya. Saya akan berikan segalanya untuk United,” katanya menerusi kenyataan di laman web rasmi kelab.

Mount akan menyarung jersi nombor 7 yang sebelum ini pernah dipakai oleh bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Sementara itu, United dilaporkan sedang meningkatkan usaha mendapatkan penjaga gol Inter Milan, Ande Onana. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan