30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

COVID-19: Keluarga Diraja Johor sumbang lebih RM123j

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KELUARGA Diraja Johor menyumbang lebih RM123 juta sepanjang tempoh pandemik COVID-19 merangkumi pelbagai jenis sumbangan dalam usaha membantu seramai 1.6 juta bangsa Johor mendepani cabaran sewaktu pandemik berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri sanggup mengambil risiko dengan menitahkan pegawai-pegawai Istana Johor turun ke kelapangan bagi menghulurkan bantuan berupa kit dan peralatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat.

“Tidak cukup dengan itu, Keluarga Diraja Johor sentiasa di hadapan di dalam misi bantuan bencana banjir, ribut, kebakaran, bantuan kepada golongan asnaf, bantuan pendidikan, bantuan kesihatan selain memperjuangkan serta melindungi hak asasi wanita dan kanak-kanak.

“Di atas sifat ihsan dan kasih DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor maka lahirlah simbiosis erat di antara Istana dengan rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penghargaan Yayasan-Yayasan Diraja Johor, pelancaran buku dan portal Kesultanan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), Johor Bahru hari ini.

Onn Hafiz turut menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor di atas kurniaan peribadi dan bantuan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada seluruh bangsa Johor.

Advertisements

“Patik juga merafak sembah setinggi-tinggi kasih kepada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah yang berkenan mengurniakan sumbangan kepada Bangsa Johor secara peribadi dan bantuan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

“Patik juga ingin merafak sembah setinggi-tinggi kasih kepada Tunku Mahkota Johor di atas kurniaan sumbangan peribadi Baginda kepada Bangsa Johor,”katanya.

Beliau berkata, inilah gemilang dan terbilangnya Keluarga Diraja Johor, sejak dahulu lagi.

“Kepimpinan seperti ini sudah sebati dalam naluri dan menjadi denyut nadi sejak pemerintahan Kesultanan Johor Moden kerana itu adalah Johor dan Johor Mesti Jadi Johor,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Onn Hafiz turut menyampaikan dana daripada Kerajaan Negeri kepada setiap Yayasan Diraja Johor.

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menerima dana sebanyak RM3 juta, dan masing-masing RM1 juta melibatkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Yayasan Sultanah Rogayah dan Yayasan Sultanah Fatimah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan