34.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Liverpool ikat Szoboszlai dari Leipzig

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIVERPOOL dilaporkan mengikat pemain tengah RB Leipzig, Dominik Szoboszlai dengan yuran perpindahan sekitar RM354 juta.

Wartawan sukan, Fabrizio Romani berkata, pemain tengah kebangsaan Hungary itu telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan menandatangani kontrak selama lima tahun.

“Selesai tandatangani (kontrak). Szoboszlai baharu sahaja menandatangan kontrak lima tahun sebagai pemain baharu Livepool.

“Pemeriksaan kesihatan selesai dengan jayanya selepas klausa perpindahan diaktifkan pada petang Jumaat.

Advertisements

“Szoboszlai akan dimumumkan sebagai bintang baharu Liverpool pada Ahad (hari in) ini,” katanya menerusi akaun media sosial hari ini.

Pemain muda berusia 22 tahun itu sebelum ini menjadi sasaran Newcastle United namun bajet Magpies berkurangan selepas mengikat pemain AC Milan, Sandro Tonali.

Szoboszlai membantu Leipzig menjuarai Piala Jerman baru-baru ini dan merupakan salah seorang penjaring dalam aksi final yang berkesudahan mereka menang 2-0 ke atas Eintracht Frankfurt.

Pemain Hungary ini dijangka menerima peningkatan gaji yang cukup signifikan susulan perpindahan itu dengan gaji mingguan sebanyak RM472,000 seminggu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia alu-alukan resolusi PBB berhubung Palestin – Anwar

MALAYSIA mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin...

Lagi Artikel Berkaitan