26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

5 sekeluarga nyaris maut, kereta bertembung MPV

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Iskandar menghala Kampung Bukit Kapar, Klang hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 8.20 pagi itu menimpa kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 19 hingga 59 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.26 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.

Advertisements

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan Honda Accord lima sekeluarga yang dipercayai bertembung dengan Nissan Grand Livina dinaiki dua lelaki berusia 20-an.

“Kedua-dua pemandu kereta itu patah kaki kanan dan dikeluarkan bomba menggunakan peralatan khas,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, empat lagi mangsa hanya cedera ringan, manakala penumpang Grand Livina tiada sebarang kecederaan.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan