27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bersih gesa Kerajaan Madani patuhi larangan 3C

Bersih menegaskan, tidak boleh ada pengumuman khas yang disasarkan kepada negeri-negeri yang menghadapi PRN untuk menarik sokongan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Kerajaan Madani untuk mematuhi larangan 3C iaitu ‘No Conditions’, ‘No Campaign’ dan ‘No Candidates’ bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam tempoh pilihan raya negeri (PRN) ini.

Bersih dalam satu kenyataan memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengawal anggota kabinet dan semua ketua agensi Persekutuan untuk tidak semberono membuat pengumuman dasar atau peruntukan yang melanggar larangan 3C.

Menurut kenyataan itu, Bersih menegaskan, tidak boleh ada pengumuman khas yang disasarkan kepada negeri-negeri yang menghadapi PRN untuk menarik sokongan.

“Sebarang pengumuman sebelum ini yang bersyarat, termasuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Terengganu mesti dibatalkan serta-merta.

“Anwar dan Kerajaan Madani perlu ingat bahawa pelanggaran 3C ini cuma akan menjejaskan kredibiliti gagasan Madani, sehingga ia dilihat sebagai satu propaganda kepartian dan bukan idealisme untuk seluruh negara,”menurut kenyataan itu di sini. .

Pada Jumaat, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju memperuntuk geran tambahan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di negeri berkenaan.

Advertisements

Jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam PRN.

Selain itu, beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri tersebut.

Tambah Bersih, larangan 3C adalah untuk menutup lubang bagi kerajaan-kerajaan bukan sementara tanpa melarang mereka daripada melaksanakan amanah-amanah masing-masing.

“Bersih akan sentiasa bersikap adil, seimbang dan berkecuali dalam memantau tingkahlaku semua parti politik dan wakil rakyat.

“Sungguhpun ini akan mengundang tohmahan daripada parti-parti politik dan organ-organ propaganda mereka, Bersih tidak akan takut dan tidak akan beranjak daripada membuat teguran membina, munasabah serta matang dengan suara yang tegas,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan