34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan di Narathiwat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden letupan di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand petang semalam.

Menurut laporan awal, letupan berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang telah menyebabkan sembilan kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Advertisements

“Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,”menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui:

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla
4, Sukhum Road Muang District
Songkhla Province
Songkhla
Telefon : +6674311062
Telefon : +66936570707 (untuk kecemasan)
E-mel : [email protected] – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan