26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Verstappen teruskan dominasi di GP Sepanyol

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA dunia, Max Verstappen meneruskan dominasi dalam saingan Formula Satu (F1) apabila menjuarai Grand Prix Sepanyol di Litar Catalunya malam tadi.

Pemandu Red Bull Racing itu menang dengan perbezaan 24 saat meninggalkan dua pencabar terdekat dari Mercedes, Lewis Hamilton dan George Russel di kedudukan kedua dan ketiga.

Kemenangan itu seperti sudah dijangka apabila Verstappen berada di depan sejak dari pusingan pertama sehingga penamat sekali gus mengesahkan kemenangan kelima daripada tujuh perlumbaan.

Bagi Hamilton yang memulakan perlumbaan dari petak keempat pula, pelumba United Kingdom (UK) itu berjaya memintas Lance Stroll sebelum melepasi Carlos Sainz dari pusingan ke-28 sehingga penamat untuk berada di tempat kedua.

Russel turut mempamerkan pemanduan bertenaga apabila menamatkan perlumbaan di podium biarpun bermula dari petak ke-12.

Jurutera perlumbaan Mercedes, Marcus Dudley memuji prestasi yang dipamerkan Russel dengan melabel sebagai perlumbaan yang hebat.

Ini merupakan prestasi terbaik yang dipamerkan Mercedes selepas bergelut sejak awal musim di GP Bahrain dengan beberapa perubahan telah dilakukan pasukan termasuk mereka bentuk semula kereta.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi dua pemandu Ferrari, Sainz dan Charles Leclerc masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan ke-11. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan