26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Benzema sah tinggalkan Real, bakal berhijrah ke Al-Ittihad

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG lagenda, Karim Benzema sah akan meninggalkan Real Madrid dan menyertai juara Arab Saudi, Al-Ittihad musim panas ini.

Perkara tersebut disahkan Real Madrid menerusi kenyataan dengan melabelkan penyerang itu sebagai lagenda terhebat kelab sepanjang 14 tahun berada di Stadium Bernabeu.

Los Blancos turut mengumumkan akan mengadakan satu sesi perpisahan dan penghargaan buat Benzema pada Selasa ini.

Pemenang Ballon d’Or itu dijangkan menandatangani kontrak dengan kelab yang berpangkalan di Jeddah itu selama dua tahun dengan nilai RM1.97 bilion.

Al-Ittihas ketika ini dibimbing beka pengendali Totenham Hotspurs, Nuno Espirito Santo dan berjaya menjuarai Liga Profesional Arab Saudi musim ini dengan berkelebihan lima mata mengatasi kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr.

Advertisements

Biarpun dikaitkan dengan penghijrahan ke Asia Barat, Benzema pada Khamis lalu menafikan laporan dia akan meninggalkan kelab ibu kota Sepanyol itu musim panas ini.

“Bercakap mengenai apa? Kenapa bercakap mengenai masa depan sedangkan saya berada di Madrid…

“Siapa yang mengatakannya di Internet, dan inikah realitinya dan bukan Internet,” kata Benzema apabila ditanya mengenai khabar angin tersebut.

“Ketika ini, saya di sini… Kami ada satu lagi perlawanan pada Ahad (awal pagi tadi). Saya tahu betapa sayangnya penyokong Madrid kepada saya. Itu yang saya rasakan apabila beraksi di padang,” katanya.

Pada aksi terakhir bersama Real pagi tadi menyaksikan Benzema menjaringkan satu gol terakhirnya untuk Los Blancos menerusi sepakan penalti menentang Athletic Bilbao. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan