30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ibrahimovic umum persaraan pada usia 41 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ZLATAN Ibrahimovic membuat pusingan-U apabila mengumumkan persaraan dari arena bola sepak selepas mengharungi 24 tahun karier yang penuh warna-warni.

Pengumuman penyerang AC Milan itu dibuat ketika aksi terakhir Serie A di San Siro ketika Rossoneri melayan kunjungan Hellas Verona awal pagi tadi.

Penyokong Milan menaikkan ‘tifo’ ucapan selamat tinggal kepada Ibrahimovic ‘Godbye’ yang membayangkan pemergian pemain penting buat pasukan itu.

Penyerang dari Sweden itu sebelum ini menyatakan bahawa dia belum berhasrat bersara pada umur 41 tahun biarpun Milan tidak menyambung kontraknya.

Bergelut dengan kecederaan musim ini, pemain berusia 41 tahun itu dilaporkan diintai satu lagi kelab Itali, Monza.

Bagaimanapun, Ibrahimovic mengambil keputusan menggangung but selepas beraksi 988 perlawanan untuk kelab dan negara sejak mula bermain pada 1999.

Beliau memulakan karier bersama kelab tempatan, Malmo sebelum berhijrah ke Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, PSG, Manchester United,  dan LA Galaxy.

Ibrahimovic kembali ke Milan dari Amerika Syarikat (AS) pada 2020.

Sepanjang di San Siro, Ibrahimovic menjuarai Serie A pada 2011 ketika kali pertama menyertai Milan sebelum melakukannya pada musim lalu.

Penyerang itu menjadi penjaring gol tertua di Serie A selepas meledak ketika aksi menentang Udinese pada Mac, yang juga gol terakhir dalam karier bola sepaknya.

Ibrahimovic merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Sweden dengan 62 gol dalam 122 perlawanan, mengumumkan persaraan dari arena antarabangsa pada 2016 sebelum kembali beraksi lima tahun kemudian.

Bekas penyerang Manchester United itu tidak dapat membuat penampilan terakhirnya awal pagi tadi susulan kecederaan yang dialaminya dengan Milan berjaya menundukkan Verona 3-1. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan