Sunday, June 28, 2026

Timbalan Menteri Sarawak cedera dipukul 4 individu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG Timbalan Menteri Sarawak cedera dipercayai dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di hadapan kediaman keluarganya di Tabuan Jaya, Kuching semalam.

Memetik laporan Astro Awani, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa dalam perjalanan ke kediaman keluarganya menjelang sambutan Hari Gawai.

Lapor Astro Awani, ketika melalui lorong kawasan itu, mangsa terserempak dengan sekumpulan individu tidak dikenali yang dipercayai berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri itu kemudian keluar dari kenderaan dan menyapa kepada kumpulan lelaki tersebut untuk mengetahui tujuan mereka berada di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun selepas itu, dipercayai berlaku sedikit pertengkaran antara mereka.

Kumpulan individu tersebut bertindak menyerangnya sebelum melarikan diri sementara mangsa dihantar ke hospital dan laporan polis dibuat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut dan pihaknya sedang menyiasat kejadian berkenaan. 

Terkini

Lelaki warga Pakistan ‘kantoi’ menyamar sebagai doktor perubatan

SEORANG lelaki warga Pakistan yang menyamar sebagai doktor perubatan ditahan dalam satu serbuan di sebuah klinik swasta di Subang...

Lagi Artikel Berkaitan