30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Fadillah lawat Port of Antwerp

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof meneruskan lawatan rasmi di Belgium dengan melawat Port of Antwerp-Bruges International (PoABI) semalam.

Fadillah berkata, beliau bersama rombongan dari Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) singgah melawat dan mendengar taklimat di PoABI sebelum berlepas ke London bagi menyambung lawatan rasmi ke sana.

Katanya, Pelabuhan Antwerp-Bruges merupakan pelabuhan kontena antarabangsa kedua terbesar di Eropah dan ke-14 di dunia.

“Dua negeri di Malaysia, Perak dan Sarawak, setakat ini menjalin kerjasama dengan PoABI. PoABI adalah anak syarikat Port of Antwerp-Bruges iaitu sebuah gerbang perindustrian dan logistik terkemuka di Eropah.

“Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bekerjasama dengan PoABI untuk membangunkan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Manjung dengan Memorandum Persefahaman (MoU) telah pun ditandatangani tahun lalu,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Pembangunan LuMIC melibatkan jumlah pelaburan kira-kira RM72 bilion untuk tempoh selama 25 tahun meliputi kawasan seluas 9,307.7 hektar.

LuMIC akan dibangunkan melalui syarikat pembangunan bersama, dengan PKNPk menguasai pegangan 51 peratus dan PoABI 49 peratus.

Fadillah berkata, bagi Sarawak, MoU bagi cadangan membangunkan Pelabuhan Tanjung Embang di muara Sungai Sarawak secara kerjasama antara Pelabuhan Antwerp dan Hubline Bhd juga telah ditandatangani tahun lalu. 

“Hubline adalah syarikat tempatan yang terlibat dalam perkhidmatan logistik perkapalan secara pukal,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan