25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Perak tawar jual pasir kepada Pulau Pinang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Perak bersedia menjual pasir kepada Pulau Pinang sekiranya terdapat permintaan daripada kerajaan negeri berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, urusniaga itu hanya akan dilaksanakan jika mereka menerima tawaran yang berpatutan dan memberikan keuntungan kepada negeri tersebut.

“Kita juga perlu melihat kepada keperluan (Pulau Pinang) sebelum menjual (pasir dan batu). Sekarang pun kita memang menjual pasir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis akad penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC ) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Advertisements

Tawaran tersebut diberikan susulan kengganan Kerajaan Negeri Kedah untuk menjual pasir dan Batu kepada Pulau Pinang untuk kegunaan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor sebelum ini dilaporkan mendakwa projek tersebut hanya akan menguntungkan orang kaya sahaja kerana rumah yang dibina bakal dijual pada harga tinggi bagi mendapatkan semula modal menambak pulau tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula berkata, projek itu akan diteruskan dengan pembinaan hanya satu daripada tiga pulau buatan yang dirancang di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan