27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Harga petrol, diesel kekal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu lagi bermula esok sehingga 14 Jun ini.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.37 seliter, manakala harga diesel ditetapkan pada RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Harga petrol Ron95, Ron97 dan diesel kekal untuk tempoh seminggu lagi. – MOF

“Ini dilakukan sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kementerian tersebut berkata, harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Caprice nafi bayar Mondy demi ‘content’

PENYANYI rap, Caprice, menafikan dia membayar pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto demi content atau menjatuhkan mana-mana individu. Caprice berkata, dia sudah memberi keterangan...

Lagi Artikel Berkaitan