25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025

Maqis rampas 3,360 kg limau kasturi tanpa permit

Daripada pemeriksaan pada kontena itu mendapati, terdapat pisang namun turut ditemui buah limau kasturi yang dipercayai diseludup masuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) Selangor merampas 3,360 kilogram (kg) buah limau kasturi tanpa permit yang dicampurkan bersama pisang dalam pemeriksaan yang dilakukan di Pelabuhan Klang Barat, baru-baru ini.

Penahanan kesemua barang hasil pertanian yang diletakkan dalam sebuah kontena oleh sebuah syarikat pemborong itu dilakukan pukul 12 tengah hari pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, kesemua limau kasturi tersebut diimport dari Indonesia oleh syarikat yang beroperasi sekitar Lembah Klang tersebut.

“Daripada pemeriksaan pada kontena itu mendapati, terdapat pisang namun turut ditemui buah limau kasturi yang dipercayai diseludup masuk.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dagangan yang dibawa masuk itu tidak diikrar pada borang kastam dan tiada permit import Maqis.

Advertisements

“Semakan mendapati ini merupakan kesalahan pertama dilakukan syarikat tersebut,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan turut mendapati kesemua limau kasturi bernilai RM3,525.90 yang dirampas itu adalah untuk pasaran tempatan.

Jelas Mohd. Sobri, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan